Kuala Lumpur, 30 Januari 2026 - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa (homestay) sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran dadah tumpas apabila polis merampas 261 kilogram Syabu bernilai RM13 juta dalam serbuan di Segambut, di sini Selasa lalu.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus berkata, operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Daerah Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 32 tahun.
Menurut beliau, tiga suspek ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah inap desa kira-kira pukul 7.00 malam, sebelum seorang lagi suspek diberkas dalam operasi susulan berhampiran lokasi sama.
"Hasil pemeriksaan di ruang tamu homestay tersebut membawa kepada penemuan 13 guni mengandungi 250 bungkusan plastik teh Cina disyaki dadah jenis Syabu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi menyewa homestay secara singkat, sekurang-kurangnya empat hari, sebelum berpindah ke lokasi lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
KOSMO seperti di lampiran.