Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: PENYAMARAN SEBAGAI PEGUAM

 
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap iklan di media sosial yang menyamar sebagai peguam dan menawarkan bantuan untuk mendapatkan semula wang yang hilang akibat penipuan. Taktik ini sering menyasarkan mangsa yang sedang terdesak dan mencari jalan penyelesaian.

Kebanyakan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut didapati tidak berdaftar dan tidak bertauliah, malah bertujuan memperdaya mangsa sekali lagi dengan meminta bayaran pendahuluan. Perlu diingat bahawa tiada jaminan wang yang telah ditipu boleh diperoleh semula.

Sehubungan itu, orang awam disaran supaya menyemak kesahihan peguam atau firma guaman melalui Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) di www.malaysianbar.org.my serta melaporkan segera sebarang cubaan penipuan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


May be an image of text that says 'AWAS PENYAMARAN SEBAGAI PEGUAM YANG DAPAT MEMBANTU MANGSA MEMULIHKAN KERUGIAN Have you fallen victim to online fraud? Don't know how to recover your money after being scammed? CCID helps recover losses caused by website scams Contact us now JANGAN TERPEDAYA! CIRI-CIRIPENIPUAN CIRI-CIRI PENIPUAN •Menggunakan identiti identitisebagai sebagai peguam' Menawar per khidmatan pulih kerugian akibat scam Meminta bayaraı JABATAN SIASATAN SIASATANJENAYAHK JABATANSASATANJENAYAHKOMERSIL JENAYAH POLIS DIRAJAMALAY DIRAJA MALAYSIA pendahuluan untuk perkhidmatan f @JSJKPDRM NSRC 997 NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER SEMAKMULE semakmule.rmp.gov.my'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS