Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR LAWATAN TINJAUAN PENGUATKUASAAN OPERASI KHAS PAGAR LAUT APMM

Klang, 27 Februari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Lawatan Tinjauan Penguatkuasaan Operasi Khas Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kapal Maritim Tun Fatimah, Jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana (M) Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah sebelum mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution ke sesi tinjauan operasi yang memfokuskan kepada penguatkuasaan dan kawalan keselamatan perairan negara, termasuk menangani jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan.

Delegasi seterusnya diberikan taklimat oleh Laksamana (M) Datuk Hj. Mohd Rosli berkaitan pelaksanaan Operasi Khas Pagar Laut yang kembali diaktifkan bermula 27 Februari hingga 10 April khususnya dalam mengatur gerak aset laut, penggunaan teknologi pengawasan serta keberkesanan operasi bersepadu yang dilaksanakan.

Seusai itu, Tan Sri Ayob Khan bersama MDN turut berkesempatan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka puasa bersama para tetamu dan anak-anak kapal APMM di Kapal Maritim Tun Fatimah.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuh sinergi strategik bersama APMM, khususnya melalui Pasukan Polis Marin dalam aspek perkongsian risikan, rondaan bersepadu dan tindakan penguatkuasaan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, DCP Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people

May be an image of text that says 'DHAK DHAKMIL MIL'

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS