Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR LAWATAN TINJAUAN PENGUATKUASAAN OPERASI KHAS PAGAR LAUT APMM

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Lawatan Tinjauan Penguatkuasaan Operasi Khas Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kapal Maritim Tun Fatimah, Jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang, Selangor, pada 26 Februari 2026.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana (M) Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah sebelum mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution ke sesi tinjauan operasi yang memfokuskan kepada penguatkuasaan dan kawalan keselamatan perairan negara, termasuk menangani jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan.



Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS