“Assalamualaikum, kami datang nak raya…”
Siapa sangka, dalam suasana bertugas yang biasa, Balai Polis Pangkor, Perak tiba-tiba menerima kunjungan tetamu cilik yang datang beraya.
Dengan penuh ceria, mereka disambut mesra oleh anggota bertugas. Suasana yang terhasil bukan sekadar memeriahkan keadaan, malah mencerminkan nilai ziarah, hormat serta hubungan erat antara polis dan masyarakat.
Detik ringkas itu membawa makna besar bahawa balai polis bukan sekadar tempat tugas, tetapi juga dekat di hati komuniti, khususnya generasi muda.
Sumber: TikTok dik_yull