Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korea National Police Agency (KNPA) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biro Pencegahan dan Tindak Balas Jenayah, Lee Seung Hyup di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini, semalam.
Kunjungan tersebut bagi mengeratkan dan memperkasa hubungan dua hala serta kerjasama antara JPJKK dan KNPA.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan/Operasi Pencegahan) JPJKK, DCP Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti) JPJKK, SAC Rahimi Ra'ais, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK, SAC Che Haniza Che Senapi dan ACP Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia Ketua Polis Negara, ACP Loh Pey Pey.