Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM, PERKESO METERAI MoU PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Lumpur, 7 April 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Grand Hyatt, di sini pagi tadi.

Sesi menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pemeteraian MoU tersebut merupakan langkah strategik dalam meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat berkaitan kematian dan kemalangan jalan raya.
Ia turut memfokuskan kepada perkongsian maklumat kematian bagi tujuan tuntutan faedah PERKESO, sokongan siasatan, pelaksanaan program pencegahan kemalangan jalan raya serta pelbagai bentuk kerjasama lain.

Turut berlangsung di lokasi sama ialah Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi antara PERKESO dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bertujuan memperluas pelaksanaan Program Social Synergy secara lebih holistik.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Datuk Redzuan Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of dais and text
May be an image of table, newsroom, dais and text
May be an image of the Oval Office
May be an image of dais and text
May be an image of text
May be an image of dais and text May be an image of dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS