Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN DIKURNIA DARJAH KEBESARAN TERTINGGI NEGERI SABAH

 
Kota Kinabalu, 30 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima pengiktirafan tertinggi Negeri Sabah apabila dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Pertama, Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Hj. Aman di Balai Istiadat, Istana Seri Kinabalu, di sini.

Turut menerima darjah kebesaran S.P.D.K. bersama-sama Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid pagi tadi ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang membawa gelaran "Datuk Seri Panglima".

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Berangkat sama ke istiadat berkenaan ialah Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hjh. Faridah Hj. Tussin.

Dalam istiadat yang sama, TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah turut mengurniakan Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Kedua, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) kepada 32 penerima termasuk Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, SAC Datuk Nor Omar Sappi yang membawa gelaran "Datuk". Manakala, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun pula antara enam penerima yang dilantik sebagai Jaksa Pendamai.

Sepanjang istiadat berlangsung, seramai 16 orang dikurniakan Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.) dan 13 penerima Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.) serta lapan orang bagi Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.) yang turut melibatkan lima Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Selain itu, lapan penerima Bintang Kinabalu (B.K.) dan dua orang penerima Perkhidmatan Terpuji.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Hj. M. Yahya, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, barisan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Persekutuan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah, Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Hjh. Azizah Hj. Nawawi.

Pada sebelah malamnya, KPN dan isteri menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah yang menampilkan keunikan nilai tradisi dan identiti tersendiri negeri di bawah bayu itu.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of text that says '@HAK MILIK PDRM'

May be an image of wedding, dais and text that says 'የራይኝ শ ORM LUET'

No photo description available.

May be an image of dais and text that says 'OTOЛ MAJLIS JAMUAN NEGERI TUAN YANG TE ERUTAMA TUN DATUKSER SERI PANGLIMA (DR.) MUSA BIN HAJI AMAN YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI K-75 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH AC 2026 (ISNIN) BERSAMAAN1 11 SYAWAL 1447H AN BANKUASI, DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH no'

May be an image of dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS