Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI BKN

Kuala Lumpur, 10 April 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei yang diketuai oleh Pengarah BKN, Yang Mulia Dato Paduka Hj. Mohd Zalani Hj. Ismail di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara Malaysia dan Brunei, khususnya dalam memperkukuh perkongsian risikan, operasi bersama serta strategi memerangi jenayah dadah rentas sempadan termasuk aspek perundangan.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), SAC Mohd Afzanizam Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), ACP Hj. Ahmad Azwan Hj. Amin Nordin, para pegawai kanan JSJN dan pegawai BKN.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS