Gambar sekitar Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1 Tahun 2026 anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia yang berlangsung di Dome Inn, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu.
Tan Sri Ayob Khan bersama para ahli mesyuarat turut mengadakan lawatan ke Sungai Cacing dan menyertai aktiviti pelepasan hidupan liar seperti harimau kumbang, kucing tulap, rusa sambar dan tenggiling.



