Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: JSJN–BNN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PERANGI DADAH RENTAS SEMPADAN

 
Bali, 28 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Ketua Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia, Komisioner Jeneral Polis Suyudi Ario Seto sempena Colombo Plan Drug Advisory National Secretariats Meeting 2026, di sini.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh perkongsian maklumat risikan, mengeratkan jaringan kerjasama strategik serta menyelaras pendekatan bersepadu antara kedua-dua agensi dalam membanteras ancaman dadah rentas sempadan di peringkat serantau.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keberkesanan operasi, penyelarasan tindakan penguatkuasaan serta perkongsian amalan terbaik dalam menangani cabaran jenayah narkotik yang semakin kompleks.

Turut hadir, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon II) Bukit Aman, ACP Taufik Maidin, Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia) Bukit Aman, Superintenden Haniey Azita Yahaya dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, Puan Chong Siew Ngah.


May be an image of ‎chess, the Oval Office and ‎text that says '‎ובבבשחת ነበሳ ل jsjnpdrmofficial o jsjnpdrm_ official f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM OAPAH @JSJNPDRM MUSUH NEGAL‎'‎‎

May be an image of dais and text that says '0 DUT T jsjnpdrmofficial 回 jsjnpdrm_official sjnpdrm_ official f Jabatan Siasatan JenayahNarkotik PDRM X @JSJNPDRM 1 บรม NEGAL'

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎AAUn MLI oh ه jsjnpdrmofficial jsjnpdrm_ official f f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM DADAH @JSJNPDRM MUSUH NECAL‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS