Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay yang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’
Syed Omar, Alor Setar, Kedah bersempena Program Sirih Pulang Ke Gagang yang bertemakan “Inspirasi Alumni: Dari Sekolah ke Puncak Kepimpinan”.
Program tersebut menjadi platform bermakna untuk beliau berkongsi pengalaman serta menyuntik motivasi kepada warga sekolah, khususnya para pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV
