Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM - JPPM CADANG TINGKAT KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI INTEGRASI SISTEM DAN PERKONGSIAN DATA

Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus mempertingkatkan kerjasama strategik menerusi cadangan integrasi sistem serta perkongsian data antara kedua-dua agensi.

Perkara tersebut menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat Ketua Pengarah JPPM, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, pagi tadi.

Pertemuan berkenaan membincangkan rasional integrasi sistem JPPM dengan sistem eSIMS PDRM yang dikendalikan oleh Central Criminal Intelligence Unit bagi membolehkan perkongsian data secara masa nyata (real time), sekali gus memperkukuh aspek keselamatan dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.

Selain itu, turut dikongsikan statistik berkaitan jumlah permohonan tapisan ahli jawatankuasa pertubuhan bagi memperkemas proses semakan dan penyelarasan maklumat antara agensi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan para pegawai kanan JPPM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text that says 'ん本田 IBU PEJABAT DIRAJA MAI DIRAJAMALAYSI AVSIA BUKIT BUKITAMAN AMAN BALO ご曲 고구 趣 சള 香錄 御吉利 ® 송 ပေါ်း 3 き M แทน あ BUKIT BUKITAMAN AMAN'

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of the Oval Office, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS