Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[POSTING PILIHAN] AIDILADHA: SEMPADAN NEGARA DIPANTAU KETAT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia, khususnya Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Polis Marin terus memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan laut negara sepanjang musim perayaan Aidiladha.

Melalui pelaksanaan Op Tiris, Op Taring, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta pemantauan laluan tikus, tindakan penguatkuasaan terus dipergiat bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi yang berpotensi menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.

Pemantauan turut dipertingkatkan di kawasan sempadan Malaysia–Thailand dan Malaysia–Indonesia, termasuk kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan menjalankan kegiatan penyeludupan.

Kerajaan komited untuk terus memperkukuh keselamatan sempadan negara demi melindungi subsidi rakyat serta mengekang ketirisan yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS