Petaling Jaya, 13 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah menyempurnakan Majlis Penutupan Emerging Trends dab Clandestine Laboratory Investigation Course di Hotel Sheraton, di sini, semalam.
Majlis anjuran bersama U.S. Drug Enforcement Administration (DEA), JSJN dan Jabatan Kimia Malaysia itu berlangsung selama empat hari bermula 8 hingga 11 Jun 2026 dan disertai oleh 9 pegawai kanan polis JSJN Bukit Aman serta 24 pegawai Jabatan Kimia Malaysia.
Turut hadir, Assistant Special Agent in Charge DEA Asia Pacific Division, Mr. Matthew K. Gomm, DEA Country Attaché Malaysia Office, Mr. Sammy Pang, OJoint Inter Agency Task Force West, Hawaii, Captain Oscar Parmenter, DEA Chemist/Coordinator International Training Section, Mr. Jerome Podorski serta Senior Director, Quality Management and Research Centre, Ts. ChM. Nor Aidora Saedon.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM