Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: KPN SAMPAIKAN AMANAT KEPADA WARGA KONTINJEN SARAWAK

Kuching, 12 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menyampaikan amanat kepada warga kontinjen Sarawak dalam satu sesi perjumpaan yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, petang tadi.

Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan warga Polis Diraja Malaysia untuk terus memperkukuh ilmu pengetahuan, sama ada dalam bidang akademik mahupun pengetahuan am, agar pelaksanaan tugas sentiasa relevan dengan cabaran serta keperluan semasa.

Beliau juga turut menyeru seluruh warga Pasukan khususnya kontinjen Sarawak supaya terus mendokong hala tuju kerajaan dengan mengamalkan tata kelola yang baik, di samping mengekalkan tahap integriti, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam setiap aspek penugasan.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of text

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of clarinet and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS