Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyampaikan amanat kepada warga kerja Kontinjen Selangor sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Dalam amanatnya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, peningkatan kompetensi serta penghayatan nilai integriti merupakan elemen teras dalam memperkukuh profesionalisme dan membentuk warga Polis Diraja Malaysia yang berwibawa serta terus diyakini masyarakat.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli