Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: QR PALSU PERDAYA IBU BAPA

 
Ipoh, 27 Jun 2026 - Polis menerima dua laporan berhubung tindakan individu tidak dikenali menyamar sebagai guru, kononnya mengutip bayaran program akademik sekolah daripada ibu bapa dengan menggunakan kod respons pantas (QR) palsu.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menerima laporan semalam berkaitan modus operandi dilakukan oleh suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Siasatan awal mendapati suspek menggunakan nama, gambar dan nombor telefon guru melalui aplikasi WhatsApp sebelum menghantar mesej kepada ibu bapa murid, kononnya kutipan bayaran program akademik sekolah.

"Suspek turut menghantar kod QR pembayaran diubah suai menggunakan nama sekolah bagi meyakinkan mangsa membuat pembayaran ke akaun milik suspek," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS