Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 - Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291 individu yang ditahan dalam Op Gaurus yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sekitar Perak, Lembah Klang dan Johor, minggu lepas.
Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia pertengahan 40-an itu dipercayai merupakan ketua kumpulan kongsi gelap yang aktif di negeri-negeri berkenaan.
Beliau berkata dalam operasi dijalankan pada 17 hingga 21 Jun itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah antaranya Heroin, serbuk dan cecair MDMA, Ketamin, pil Ekstasi, pil Erimin 5 dan Ganja bernilai RM6.26 juta serta menahan sembilan ahli sindiket.
“Modus operandi sindiket pengedaran dadah yang diketuai 'Datuk' ini ialah membeli dadah secara pukal dan kemudian membungkus semula untuk dijual di pusat-pusat hiburan.
"Sindiket ini dipercayai aktif beroperasi di sekitar Perak, Lembah Klang dan Johor sejak pertengahan 2024 selain memiliki pelbagai peralatan dan bahan kimia prekursor yang digunakan untuk memproses dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut;