Ikuti sedutan rakaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, Selangor pada 26 Jun 2026.
Majlis yang dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama hampir 400 pegawai kanan polis dari seluruh kontinjen itu turut diserikan dengan persembahan Orkestra PDRM serta tayangan montaj khas memaparkan peranan Kesultanan Johor moden dalam memperkasa dan mencorakkan landskap kepolisan moden seiring keperluan serta cabaran semasa.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
