Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH DAN PENGERUSI PERKEP JSJN SANTUNI WARGA IPD SELAMA

Tanjung Rambutan, 30 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN, Datin Liliyana Haryanti telah mengadakan lawatan kebajikan dengan menziarahi dan menyantuni warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di Taman Tanjung Berjaya, Tanjung Rambutan, Perak, semalam.

Dalam lawatan tersebut Dato' Hussein bersama isteri telah menziarahi Sarjan Detektif Nor Azlan Ismail dari Bahagian Operasi Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Selama yang mengalami kecederaan semasa melaksanakan tugas operasi.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, Dato' Hussein dan isteri telah menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung, di samping memberikan kata-kata semangat agar terus tabah dan cekal menghadapi ujian.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan komitmen berterusan pucuk pimpinan JSJN dan PERKEP JSJN dalam memastikan kebajikan warga jabatan sentiasa diberi perhatian, sekali gus memperkukuh semangat kekeluargaan serta nilai kebersamaan dalam JSJN.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak, ACP Shafa'aton Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, ACP Muhammad Najib Hamzah, para pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan IPK Perak serta ahli-ahli PERKEP Bukit Aman dan Kontinjen Perak.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

May be an image of ‎ambulance and ‎text that says '‎Y 878 ل jsjnpdrmofficial jsjnpdrm_official official f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM DADAH @JSJNPDRM HUSUH 1 VECART‎'‎‎

May be an image of ‎one or more people, headscarf and ‎text that says '‎ل jsjnpdrmofficial jsjnpdrm_ official f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM DADAH @JSJNPDRM MUSUH MUSUMNECASK NECAT 1‎'‎‎

May be an image of one or more people, newsroom and text

May be an image of ‎one or more people, headscarf, dais and ‎text that says '‎ه jsjnpdrmofficial ® jsjnpdrm_ official f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM DADAH @JSJNPDRM MUSUH VEGAT 1‎'‎‎

May be an image of one or more people, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS