Kuala Lumpur, 8 julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi
Yayasan Restu di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu dan Nasyrul Quran merangkap Pengerusi
Surau Nasyrul Quran, Ustaz Hj. Mohd Shaffizal Abdul Hameed.
Pertemuan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dari PDRM untuk pihak Yayasan Restu membawa 40,000 naskhah al-Quran ke Tamil Nadu, India serta bantuan pengagihan al-Quran ke kawasan pedalaman Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato’ Mohammad Shaharul Md Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim serta Timbalan Pengarah
Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzukhi Mohd Mokhtar.