Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2026 bertemakan “Pendigitalan Menjana Kepolisan Pintar” yang berlangsung di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor, di sini, hari ini.
Hari Inovasi PDRM yang berlangsung selama dua hari bermula 14 hingga 15 Julai lalu, menyaksikan penyertaan sebanyak 14 Kumpulan Inovatif dan Kreatif mewakili pelbagai jabatan, kontinjen dan daerah yang mempertandingkan pelbagai produk inovasi hasil cetusan kreativiti warga PDRM.
Sumber: TikTok PDRMsia_Offcial
Juruvideo: PDRM RMP TV
