Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: BANTUAN PANTAS, KEPRIHATINAN IKHLAS


Keprihatinan dua anggota Unit Kereta Peronda Lebuhraya (EMPV) LATAR Zon Tengah A1, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, terserlah apabila segera menghulurkan bantuan kepada pengguna lebuh raya yang membawa pesakit mengalami sesak nafas di Kilometer 3, Lebuhraya LATAR arah Timur, baru-baru ini.

Koperal Shafie Jaafar dan Koperal Muhammad Syairullah Sahudin bertindak memberikan bantuan awal mengiringi kenderaan berkenaan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Walaupun sekecil mana bantuan yang dihulurkan, nilainya amat besar bagi mereka yang sedang berdepan kesulitan. Inisiatif tersebut turut mencerminkan komitmen warga Polis Diraja Malaysia untuk sentiasa berada bersama masyarakat dan memberikan bantuan apabila diperlukan.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS