Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

LTdL 2026: PERINGKAT KETIGA, JSPT PASTIKAN LALUAN SELAMAT

 
Sungai Petani, 29 September 2026 – Peringkat Ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 hari ini menyaksikan para pelumba meneruskan saingan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Kangsar, Perak sejauh 189.7 kilometer (km).

Laluan rata hingga berbukit ringan itu menguji ketahanan fizikal dan strategi pasukan, selain menampilkan tiga zon pecutan di Kuala Ketil, Lawin dan Sauk sebelum pelumba menuju ke garisan penamat di Kuala Kangsar.

Bagi memastikan perlumbaan berlangsung lancar dan selamat, pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia melaksanakan kawalan lalu lintas dan keselamatan di sepanjang laluan, termasuk mengawal pergerakan pelumba, kenderaan pengiring serta pengguna jalan raya.

Orang ramai dan pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan petugas keselamatan serta kawalan trafik yang dilaksanakan sepanjang laluan perlumbaan bagi memastikan kelancaran pergerakan.

Peringkat Keempat esok, 30 September 2026, bakal menyaksikan saingan diteruskan dari Meru Raya ke Cameron Highlands sejauh 142.3 km, yang kembali menguji keupayaan pendakian para pelumba.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of text

May be an image of scooter, motorcycle, road, crowd and text

May be an image of motorcycle, scooter, road and text

May be an image of one or more people, motorcycle, scooter, road and text

May be an image of motorcycle, scooter, road and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS