Miri, 29 September 2026 – Meneruskan komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini meneruskan lawatan kerja ke Miri, Sarawak yang turut memberi tumpuan kepada kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Abdul Aziz bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim meluangkan masa menziarahi warga PDRM yang sedang menjalani rawatan dan dalam tempoh pemulihan, selain bertanya khabar perkembangan terkini keadaan kesihatan mereka.
Setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Miri, ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Daerah Miri, Puan Arabia Abd Rahim sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Dato’ Sri Abdul Aziz kemudiannya dibawa meninjau Kuarters Perumahan IPD Miri bagi melihat sendiri keadaan kediaman serta aspek kebajikan dan keselesaan warga yang mendiami kuarters berkenaan.
Lawatan kebajikan kemudiannya diadakan ke kediaman Konstabel Mohammad Nurehsan Abd Kata di Kuarters IPD Miri, anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Miri yang sedang menjalani rawatan susulan selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Jantung Sarawak pada 12 Ogos lalu.
Sesi ziarah turut diteruskan ke kediaman pegawai awam Bahagian Pengurusan IPD Miri, Encik Ibrahim Samad di Taman Tunku, Miri yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan pada kedua-dua belah lutut.
Dalam kunjungan tadi, Dato’ Sri Abdul Aziz turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada mereka serta sedikit sumbangan sebagai tanda penghargaan.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen
Sarawak, SAC Roselina Daud, Pengerusi PERKEP
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Datin Zalina Zainuddin serta Penolong Pengarah Perjawatan (Pegawai Diwartakan), Jabatan
Pengurusan Bukit Aman, ACP Abdul Razak Abu Bakar.